Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Amirul Amram (Kemaman)
KEMAMAN, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 543 peneroka dari Felda Neram 2 (Peringkat 1, 2 dan 3) Mukim Bandi dan Hulu Jabur menerima geran hak milik tanah daripada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Semai Bakti, Bandar Baru Cheneh, di sini pagi tadi.
Menurut Dr. Ahmad Samsuri pemberian geran ini adalah sebagai satu penghargaan buat para peneroka untuk mengubah hidup mereka.
“Alhamdulillah hari ini kita berjaya menyelesaikan pemberian tanah bagi peneroka.
“Syabas diucapkan kerana bersabar dan sanggup mengharungi susah senang hidup sebagai seorang peneroka,” katanya ketika berucap merasmikan program.
Turut hadir Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat, ADUN Air Putih Ab Razak Ibrahim dan ADUN Kemasik IR Saiful Azmi Suhaili.
-ZS-