Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Wira Bomba Selamatkan Wanita Cuba Terjun Jambatan Pulau Pinang Dihargai

By 28 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain (Georgetown)

GEORGETOWN, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Wira bomba yang telah menyelamatkan seorang wanita yang cuba hendak terjun dari Jambatan Pulau Pinang pada bulan lepas terus dihargai dalam Program Signature PMR@UTC inisiatif Jabatan Penerangan Pulau Pinang, di sini baru-baru ini.

Anggota bomba tersebut Muhammad Syahir Jamaluddin, 31, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak di sini dianggap wira oleh netizen selepas videonya menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba bertindak terjun ke laut di Jambatan Pulau Pinang tular di media sosial.

Turut hadir Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Dato Seri Yusoff Latif, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang Saadon Mokhtar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Azelan Hassan, dan, Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut Lim Miow Juang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda