Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

BPP Ringankan Beban 738 Penjaja Kecil Daerah Raub

By 15 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Azree/Emran Ismail

RAUB, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 738 penjaja kecil yang berdaftar dengan Majlis Daerah Raub  memperoleh manfaat setelah terpilih menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Fasa 2, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram dalam ucapannya berkata bantuan tersebut merupakan inisiatif daripada  Menteri Besar Pahang dalam membantu penjaja-penjaja kecil yang terkesan dengan kenaikan harga barang ketika ini.

“Saya juga berharap semoga dengan bantuan yang disampaikan ini dapat memanfaatkan penjaja-penjaja kecil di daerah Raub,” katanya.

Turut hadir wakil Ahli Dewan Negeri Dong Dato’ Azinuddin Abd Rahim, wakil Pegawai Daerah Raub Tengku Azuddin Shah Tengku Alang dan wakil Pengerusi Raub Night Bazar Puan Farizan A. Talib.

-ZS-

Tinggalkan komen anda