Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pantai Sawar Berpotensi Tingkat Ekonomi Setempat

By 15 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syarqawi Rambli/Aspihen Rahim

MENUMBOK, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Pantai Sawar Mempakul, Menumbok dilihat berpotensi untuk meningkatkan ekonomi setempat sebagai titik paling barat negeri Sabah.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Menumbok, Matadin Ag Besar berkata penemuan titik berkenaan mampu menarik ribuan pelancong seperti Tanjung Simpang Mengayau di Kudat sebagai titik paling utara.

“Jika Tanjung Simpang Mengayau sebagai titik paling utara di Sabah boleh maju sebagai pusat pelancongan, tidak mustahil Pantai Sawar Mempakul juga berpotensi untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap yang sama, “ katanya dalam Majlis Penetapan Titik Paling Barat Mempakul, Menumbok, pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sabah Sr. Hilman Rasyed berkata pihaknya telah membuat kajian yang terperinci bagi menentukan titik lokasi yang paling tepat dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Pejabat Daerah Kecil Menumbok.

“Penemuan titik paling barat ini akan merancakkan ekonomi tempatan dan juga berpotensi untuk memacu Daerah Kecil Menumbok sebagai satu hub pelancongan yang sama tarafnya dengan hub pelancongan yang terkenal di sekitar negeri ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda