Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Gotong-royong Cuci Rumah Mangsa Banjir Kampung Hangus

By 6 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Baling)

BALING, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Tragedi kepala air yang melanda beberapa buah kampung di sini mengakibatkan penempatan penduduk setempat terjejas. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Hangus di mana 20 buah rumah dinaiki air.

Semalam, Pejabat Penerangan Daerah Sik dan Baling bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan Al Muttaqin dari Kampung Merbau Kudung Sik telah telah berganding bahu melakukan gotong-royong membersihkan kediaman yang rosak teruk akibat banjir tersebut.

Menurut seorang mangsa dari kampung tersebut Mohd Rashidi Che Sa, 45, beliau sangat bersyukur dengan bantuan daripada semua pihak yang terlibat.

“Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang membantu kami dalam membersihkan kawasan sekitar kampung kami yang terjejas teruk di mana kediaman rumah kami dipenuhi selut lumpur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda