Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hari Ladang Daerah Perak Tengah Meriah

By 28 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)

BOTA, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Program Hari Ladang dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Perak Tengah meriah selepas kembali dilaksanakan setelah tertangguh ekoran pandemik COVID-19.

Pegawai Daerah Perak Tengah Mohd Zaki Abdul Rahman melahirkan rasa gembira apabila acara tahunan ini mendapat sambutan menggalakkan.

“Penganjuran program ini adalah cara untuk mempromosikan Pejabat Pertanian Daerah dan cawangan teknikal pertanian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan bagi mencapai visi jabatan iaitu ke arah industri yang berdaya saing dan pengeluaran produk yang berkualiti, selamat dan berorientasikan eksport.

“Perak Tengah antara daerah yang terlibat secara aktif dalam pengeluaran tanaman makanan yang berkeluasan 18,000 hektar dengan tanaman padi adalah tanaman utama selain tanaman buah-buahan seperti durian, pisang, sayur-sayuran serta tanaman singkat masa,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda