Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Bagi Ijazah Kelas Pertama

By 28 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azri Zainal Abidin/Muhammad Zulhaiqal Shaidin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan memberikan semula keistimewaan kepada mana-mana pelajar yang membuat PTPTN dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama untuk ditukarkan pinjaman mereka kepada pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian bermula tahun 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian di Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dewan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Jalan Duta, di sini semalam.

“PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dalam kerjasama strategik. Justeru, PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman”, katanya.

Menurut Ismail lagi dengan adanya PTPTN lebih ramai pelajar mendapat akses kepada pendidikan tinggi. Perkara ini juga selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang amat menekankan kepada pelaksanaan program dan inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda