
Laporan/foto: Amirah Ahmad/Muhammad Izzat Abd Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Malaysia bakal mempunyai kilang ‘hydrotreated vegetable oil’ (HVO) dan bahan api penerbangan mampan (SAF) yang pertama bersama kerajaan China tidak lama lagi.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian semasa beucap di perasmian Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
“Pembinaan ini merupakan salah satu inisiatif untuk memacu sektor sawit Malaysia ke arah industri berteknologi dan bernilai tinggi serta bakal menawarkan seribu peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia,” tambah beliau.
Beliau juga berharap sektor agrikomoditi dapat membantu negara menjana semula ekonomi dan mengembalikan kestabilan ekonomi rakyat.
Pengerang Maritime Industries Sdn. Bhd. (Benalec), Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) serta Malaysian Palm Oil Berhad (MPOB) merupakan syarikat-syarikat Malaysia yang menyertai kerjasama melibatkan FDI bernilai RM6 bilion itu.
-ZS-