Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Permaisuri Agong Berkenan Rasmikan Pusat Susu Bonda Halimatussaadia IIUM

By 26 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul

KUANTAN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menyempurnakan perasmian Pusat Susu Bonda Halimatussaadia (HMMC) Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC @IIUM), di sini hari ini.

“Saya harap program ini berterusan dan dapat diketahui ramai supaya mereka tahu bahawa terdapat tempat di mana mereka boleh datang dan menderma susu mereka,” titah baginda.

HMMC yang bermula pada tahun 2019 adalah sebahagian daripada inisiatif Hospital Mesra Bayi SASMEC @IIUM dan pasukan HMMC yang bercita-cita menubuhkan satu set prosedur operasi standard (SOP) yang mematuhi maqasid syariah dalam memelihara bukan sahaja nyawa, malah keturunan, harta dan juga akal.

Turut hadir Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Presiden IIUM dan Rektor IIUM.

-ZS-

Tinggalkan komen anda