Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Mat Kilau Bangkit Jiwa Anak Muda Malaysia

By 21 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Zaid Hj Ahmad Zubid

Alor Setar, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan tema sambutan Hari Belia, ‘Ini Masa Kita’ penonton Tayangan Uniti Filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan seperti dibawa menghayatinya ketika menonton tayangan filem tersebut.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Perlis di sini baru-baru ini turut melibatkan penyertaan pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

“Filem seperti ini dapat membangkitkan lagi semangat sayangkan bangsa serta agama sebagai tonggak kehidupan dan agama rasmi negara yang perlu dihormati,” ucap wakil pelajar KUIPs Umar Amir Nor Faisal, 23, ketika ditemui.

Menurut wakil pelajar UNiMAP Ahmad Akif Syakirin Mohd Adnan, 24, pentingnya mengimbau sejarah kerana ia akan membangkitkan jati diri anak muda sepertinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda