Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jenayah ‘Scam’ di Perlis Catat Kerugian Sebanyak RM15 Juta

By 21 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KUALA PERLIS, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 90 peratus jenayah komersial dicatatkan di negeri Perlis melibatkan ‘scam’ atau penipuan dalam talian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin, dari tahun 2020 hingga Jun 2022 terdapat 969 kes melibatkan penipuan dalam talian dicatatkan daripada keseluruhan 998 kes jenayah komersial di Perlis yang melibatkan kerugian sebanyak RM15 juta.

Beliau berkata demikian di Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Peringkat Kontinjen Perlis di Flea Market Hotel Putra Brasmana, di sini semalam.

“Kempen Anti-Scam PDRM 2022 merupakan sebuah program pencegahan jenayah penipuan yang bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang modus operandi terkini sindiket ‘scam’ bagi mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa,” katanya.

Kempen tersebut yang merupakan sebahagian siri Jelajah Semenanjung Malaysia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bersama Dato’Awie turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran bahaya dadah, konvoi bermotosikal pegawai kanan PDRM dan Ahli Kelab Wings Moto Gang Society serta kehadiran pelawak terkenal Saiful Apek.

-ZS-

Tinggalkan komen anda