
Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan (Georgetown)
GEORGETOWN 4 Jul (Malaysiaaktif) – Muzium Kamera Asia merupakan salah satu muzium yang terletak di Armenian Street, Tapak Warisan Dunia UNESCO di sini sering dikunjungi oleh generasi muda untuk memperolehi kenangan dan sejarah fotografi.
Menurut salah seorang pengunjung Harris Sathia, 48, ketika ditemui baru-baru ini berkata muzium seperti ini membawa banyak kenangan fotografi serta mampu mendidik anak-anak muda mengenai asal-usul kamera dan sejarah kamera.
“Muzium tersebut mempamerkan beratus-ratus kamera antik dan klasik daripada pelbagai jenama seluruh dunia seperti Leica dan Zess daripada negara Jerman.
“Terdapat juga bilik mengimbas gelap iaitu ruang pemprosesan filem hitam putih dan warna yang cukup popular suatu ketika dahulu sebelum kewujudan penggunaan perisian dan penggunaan komputer,” katanya.
-ZS-