Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Kerjaya Anak Muda Bantu Belia untuk Berjaya

By 4 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Karnival Kerjaya Anak Muda 2022 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia di sini semalam.

“Karnival ini diadakan untuk membantu anak-anak muda di Parlimen Masjid Tanah untuk berjaya pada masa hadapan.

“Sehubungan itu, kami berkerjasama dengan pelbagai pihak bagi membantu mereka dengan melaksanakan karnival seperti ini,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Limau Datuk Hameed Basheer di Dewan Dato Abu Seman, di sini semalam.

Terdapat pelbagai aktiviti diadakan di karnival ini seperti pameran daripada agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pemeriksaan kesihatan, acara sukan dan sebagainya.mengacau dodol dan jualan makanan dan minuman.

Turut hadir Ahli Majlis Kerajaan Negeri (EXCO) Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda