Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Orang Gembira, Kita Juga Gembira

By 18 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka/Zaliah Hakim

TUARAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Respon yang baik daripada penduduk Kampung Bolong di sini menambah semangat Zaliah Hakim, 53, bagi menganjurkan lagi Program Garaj Amal untuk kali ketiga.

“Ternyata banyak pakaian lama yang masih elok tetapi jarang digunakan disimpan di dalam almari, jadi saya terfikir untuk sumbangkan sahaja kerana apabila melihat orang gembira, kita juga turut gembira.

“Kami mendapat idea memulakan program ini pada tahun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Tidak duduk diam sahaja, saya ambil kesempatan untuk mengemas rumah,” ujarnya ketika dihubungi media, di sini pada Ahad.

Aktiviti sumbangan barangan terpakai yang dimulakan beliau pada awalnya hanya sekadar suka-suka bersama ahli keluarganya kini turut mendapat sokongan daripada rakan terdekat.

Zaliah turut menjadikan kawasan lapang di luar rumahnya sebagai tempat untuk penduduk kampung memilih dan memiliki bukan sahaja pakaian, tetapi juga barangan dapur termasuk periuk, perabot dan kasut secara percuma.

-ZS-

Tinggalkan komen anda