Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Arifuddin Alias (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 80 pelajar cemerlang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir diraikan dalam sebuah Majlis Malam Keraian dan Kecemerlangan SPM 2021.
Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir Mohd Fazil Wahab berkata penganjuran majlis ini bertujuan menghargai usaha pelajar yang bersungguh-sungguh belajar untuk mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 yang lalu.
“Meskipun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi seperti terpaksa belajar secara dalam talian ianya tidak mematah semangat para pelajar ini untuk terus komited dengan pelajaran masing-masing seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
“Bukan itu sahaja, kecemerlangan ini akan lebih bermakna apabila akhlak dan pendidikan agama seiringan dengan kecemerlangan akademik yang mereka capai pada hari ini,“ katanya ketika merasmikan majlis berkenaan di Duyong Marina & Resort Terengganu, di sini semalam.
-ZS-