Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

31,100 Benih Ikan Dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman

By 18 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 31,100 benih ikan baung, lampam sungai, kelah dan udang galah bernilai RM13,500, telah dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman, di sini hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih Ab. Razak Ibrahim peruntukkan daripada Kerajaan Negeri Terengganu itu diharap dapat meningkatkan sumber pendapatan nelayan darat di sekitar sungai tersebut.

“Antara objektif utama aktiviti pelepasan benih ikan ke perairan umum adalah bagi memulihara, meningkat dan menjamin kelestarian sumber perikananan darat,” katanya ketika ditemui di Kampung Teladas, di sini pagi tadi.

Beliau turut menyampaikan bantuan set pukat tangsi, jaket keselamatan dan kotak peralatan memancing kepada 35 orang nelayan darat di daerah ini.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat turut hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda