Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pelajar Dungun Sertai Karnival CASTECH

By 9 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)/UiTM Kampus Bukit Besi

DUNGUN, 9 Jul (Malaysiaktif) – Seramai 88 pelajar sekolah rendah dan menengah dari tujuh buah sekolah sekitar Dungun telah menyertai program Carnival Science & Technology (CASTECH) anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi yang diadakan di Dewan Perak, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi, di sini baru-baru ini.

Program yang berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah supaya menjadi sumber inspirasi kepada mereka untuk memilih kerjaya pada masa hadapan.

Semasa merasmikan program ini, Koordinator Program Diploma Kejuruteraan Kimia Kampus Bukit Besi, Noraini Razali berkata pendedahan yang diberikan pada program ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pelajar dapat menambah kefahaman mereka dalam matapelajaran Sains Kimia, Fizik dan Biologi.

“Lazimnya pelajar mempunyai tanggapan salah apabila mata pelajaran Sains Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik sebagai sesuatu yang susah, malahan ia amat menarik apabila pelajar mengetahui dan memahami matapelajaran tersebut,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda