Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Polis Siasat Kejadian Kanak-kanak Tercampak dari Kereta

By 2 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Polis sedang menyiasat kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata siasatan susulan tular di media sosial video rakaman ‘dashcam’ berdurasi seminit 37 saat kejadian berkenaan.

Katanya, kejadian berlaku ketika kereta yang dinaiki mangsa telah membuat pusingan ‘U’ di simpang lampu isyarat kawasan Green Valley hingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kereta.

“Seorang lelaki telah membantu untuk mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan dan diserahkan kepada ibu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara sehingga sepuluh tahun atau kedua-duanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda