Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sembilan Individu Ditahan Bantu Siasatan Seleweng Diesel – KPDNHEP

By 20 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDNHEP Selangor

SHAH ALAM, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan sembilan lelaki termasuk seorang warganegara Bangladesh untuk membantu siasatan kes penyelewengan minyak diesel dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Baru Subang, di sini pada Isnin.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, berkata pihaknya telah menyita enam kenderaan iaitu empat buah lori tangki dan dua buah kereta.

“Anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan kes ini berjumlah RM1.7 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan dilaksanakan di bawah Seksyen 21 serta Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda