
Laporan/foto: Fitri Halim Abdullah (Bera)
BERA, 6 Jul (Malaysiaaktif) – Seorang wanita berusia 52 tahun maut, dipercayai dicekik dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Felda Mengkuang, di sini hari semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Bera N. Kumaran kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan.
“Kami percaya suspek melarikan diri ke arah Jempol, Negeri Sembilan menggunakan kenderaan milik suami mangsa iaitu kereta jenis Honda City berwarna perak dengan nombor pendaftaran DAD 9799.
“Pihak kami mengharapkan orang ramai yang melihat kenderaan itu segera melaporkan kepada balai polis berhampiran,” ujarnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa Siti Zuliana Said ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami mangsa mengalami kecederaan dan pengsan akibat dipukul.
-ZS-