Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ziarah Kasih Dekati Golongan Memerlukan

By 22 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Program Ziarah Kasih anjuran Penghulu Mukim Tanjung Kupang semalam menjadi langkah proaktif bagi menyantuni dengan lebih dekat golongan yang memerlukan.

Selain bertanya khabar mengenai kesihatan, maklumat latar belakang individu yang dikunjungi juga dikemaskini untuk tujuan permohonan bantuan yang bersesuaian daripada agensi yang terlibat.

Penghulu Mukim Tanjung Kupang Mohamad Faiz Mohd Pandi berkata seramai enam orang penduduk Kampung Ladang dalam Mukim Tanjung Kupang telah diziarahi sempena program kali pertama ini.

“Golongan asnaf ini telah menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai dari agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri Johor Bahagian Baitulmal, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.

“Saya berharap program ziarah kasih ini dapat dilaksanakan setiap bulan secara bergilir-gilir di setiap kampung dalam mukim ini,” katanya, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda