Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun Ini Ditetapkan 30 Julai

By 22 Julai 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/JaPen (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai ini di Dataran Putra, di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Datuk Sukari Ab Hamid, berkata terdapat dua program utama yang akan menjadi fokus dalam majlis pelancaran tersebut.

“Apa yang menarik adalah dua program utama yang akan menjadi fokus dalam majlis pelancaran ini iaitu “Program Berjalan Teguh Bersama” dan “Flag Off Kembara Merdeka Keluarga Malaysia” (KKM2022).

“Kita anggarkan seramai 10,000 orang bakal menyertai program Berjalan Teguh Bersama ini,” katanya ketika ditemu bual oleh krew Buletin Utama, TV3 hari ini.

Menurut Sukari, peserta akan berjalan sejauh 2.7 kilometer bermula dari Dataran Putra, menuju ke Istana Kehakiman.

“Sepanjang laluan tersebut terdapt beberapa titik semakan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya persembahan muzik Irama Gema Orang Asal (JAKOA), edaran minuman, persembahan Irama Borneo, persembahan pancaragam sekolah, serta maskot-maskot animasi tempatan seperti Upin & Ipin serta Boboboi.

“Selain itu, “Flag off Konvoi Kembara Keluarga Malaysia 2022” pula merupakan pelepasan konvoi kenderaan oleh Perdana Menteri di lokasi terakhir program Berjalan Teguh Bersama, yana mana konvoi yang terdiri daripada 412 jentera dengan 225 barisan dan jumlah ahli konvoi seramai 600 orang ini, akan  dilepaskan sebagai tanda bermulanya program Kembara Keluarga Malaysia 2022 yang berkonsepkan “pass baton” dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri,” katanya.

Sukari memaklumkan, konvoi ini akan menjelajah ke seluruh negara melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula dari 30 Julai di Putrajaya dan berakhir pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2022.

“Saya ingin mengajak dan menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama raikan program ini pada 30 Julai nanti, mulai 6.30 pagi.

“Pelbagai acara menarik berkonsepkan aktiviti kekeluargaan menanti pengunjung,” tambahnya.ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda