Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Aman Palestin Sumbang Daging Korban kepada 300 Asnaf Negeri Melaka

By 4 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 300 orang asnaf daripada 10 buah kariah masjid di negeri Melaka menerima sumbangan daging korban sejuk beku daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin dan Perwira sempena Program Projek Khas Prihatin Malaysia, di sini baru-baru ini.

Pengurus Aman Palestin cawangan Negeri Melaka Muhd Zulfikar Azlan Mohd Shariff berkata program tersebut merupakan acara tahunan Aman Palestin dan sumbangan akan diagihkan ke setiap negeri yang mempunyai cawangan Aman Palestin.

‘’Walaupun kita menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin kita juga prihatin dan tidak melupakan nasib rakyat negara kita yang kurang bernasib baik dan kita berharap dengan sumbangan yang diberikan pada hari ini dapat memberikan manfaat kepada para penerima.

“Pengerusi masjid-masjid tersebut akan mengagihkan 1.2 hingga 1.5 kilogram daripada jumlah keseluruhan 450 kilogram daging kepada setiap asnaf terpilih,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda