Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Isu Keselamatan Bersama antara Tumpuan Lawatan Pelosi

By 3 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak/Idhamcaturnanda Putra (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi bersama rombongan kongres mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun di bangunan Parlimen Kuala Lumpur tengah hari semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Pelosi, Malaysia merupakan persinggahan kedua Pelosi selepas kelmarin ke Singapura daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia sebelum ke Korea Selatan dan Jepun.

“Lawatan ini antara lain akan menumpukan kepada isu keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik.

“Hubungan dua hala Washington dan Kuala Lumpur dinaik taraf kepada 2014 kepada Perkongsian Komprehensif.

“Malaysia dan AS telah menjalin hubungan diplomatik sejak tahun 1957 apabila Malaya merdeka daripada Britain,” menurut kenyataan itu.

Pesawat khas yang membawa Pelosi dan rombongannya mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini pada 10.30 pagi.

Pelosi yang merupakan pemimpin nombor tiga di AS dan satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai Speaker dewan.

-RI

Tinggalkan komen anda