Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keselamatan di Perairan Batu Pahat Terjamin

By 4 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Musliha Yusof (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Situasi perairan di daerah Batu Pahat adalah selamat daripada pelbagai anasir luar yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan penduduk di sini.

Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Ali telah mengetuai lawatan yang turut disertai olah Majlis Keselamatan Negara di kawasan perairan dan sempadan Batu Pahat semalam meminta agar semua Jabatan dan Agensi yang berada di daerah tersebut sentiasa memberi kerjasama yang jitu dalam usaha mengawal keselamatan demi kesejahteraan penduduk.

“Beberapa jenayah yang melibatkan sempadan seperti penyeludupan minyak masak bersubsidi, kebocoran maklumat, tangkapan ikan secara haram, jenayah rentas sempadan dan sebagainya perlu ditangani dengan bijak agar tidak menimbulkan isu ketidaktenteraman masyarakat di sini,” ujar beliau ketika menyampaikan Kotak Prihatin kepada beberapa penduduk di Kampung Sungai Ayam Laut, di sini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda