
Laporan/foto: Muhammad Arief
CAMERON HIGHLANDS, 26 Ogos (Malaysiaaktif) ā āYa Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan, kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari perkara yang boleh mengganggu-gugatĀ keutuhan perpaduan kamiā adalah antara bingkisan doa yang dibacakan di Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2022 Peringkat Daerah Cameron Highlands di Masjid Abu Bakar Tanah Rata, di sini semalam.
Menurut Imam Besar masjid Ahamad Alhapis majlis tersebut diadakan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar kemerdekaan yang dikecapi selama ini kekal utuh, aman dan rakyat di Malaysia makin bersatu padu.
āSelain itu ia juga bertujuan melahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan yang diberikanĀ oleh Allah SWT,ā ujarnya.
Solat hajat dan tazkirah sambutan Bulan Kebangsaan turut diadakan di majlis tersebut.
-ZS-