Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

19 Pasukan Petanque Bawa Cabaran Labuan di Lawas

By 26 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 19 pasukan mewakili Labuan dalam Pertandingan Petanque Beregu Terbuka Ambang Merdeka yang berlangsung di Lawas, Sarawak.

Menurut Naib Presiden 1, Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan Labuan (PPWPL), Ahmad Qhufry Hazlan, Pasukan Labuan diwakili tujuh pasukan dari PPWPL, lapan pasukan Bakat Sukan Wilayah Persekutuan dan empat pasukan daripada Kampung Sungai Bangat.

“Kami meletakkan sasaran kedudukan 32 teratas pada kejohanan kali ini untuk tiga kategori yang disertai selain menjadi medan persiapan para pemain Bakat Sukan Wilayah Persekutuan yang sudah lama tidak mengikuti pertandingan di luar Labuan,” katanya selepas ditemui pada majlis pelepasan pasukan itu ke Lawas di sini pagi tadi.

Tambahnya dua orang pemain petanque Labuan turut menjalani persiapan intensif dengan pasukan SUKMA Wilayah Persekutuan dan seorang dalam pasukan SUKMA Sabah  bagi mewakili kedua-dua negeri itu dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada September ini.

Majlis pelepasan itu disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias.

-ZS-

Tinggalkan komen anda