
Laporan/foto: Lim Poh Choo/ Chua Shim Choon (Sarawak)
KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Sri Haji Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki Ali menyertai Kayuhan Fun Ride bersama penjawat awam sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak yang berlangsung di Padang Merdeka, di sini semalam.
Menurut Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Aziz Abdul Rahman turut hadir berkata aktiviti sukan popular dalam program tersebut terdapat banyak kebaikan.
“Antara manfaatnya menjadikan tubuh semakin sihat, menurunkan berat badan, mencapai keseimbangan tenaga, mengawal bentuk tubuh serta memperoleh keyakinan diri,” katanya.
-ZS-