Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

JAKM Buka Peluang Usahawan IKS Jana Pendapatan Sampingan

By 7 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Golongan Usahawan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) tidak melepaskan peluang menjana pendapatan sampingan di tapak Dataran Perayaan, Petra Jaya dekat sini sempena Karnival Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang berlangsung sejak Jumaat lalu.

Manoi Jarau, 59, ditemui di sini berkata beliau dipelawa oleh Kraftangan Malaysia untuk mengadakan jualan produk anyaman sepanjang JAKM berlangsung.

“Semuanya bermula apabila saya mengetahui cara menganyam tikar dan pihak Kraftangan Malaysia memberi latihan untuk meningkat kemahiran anyaman,” kata Manoi dari Kampung Antayan Keropok, Serian.

“Kerajaan Sarawak turut memberi bantuan dalam mengembangkan perniagaan anyaman ini selain mambantu mendaftarkan saya dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” tambah beliau lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda