Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Konsep Keluarga Malaysia Satukan Rakyat

By 7 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/ Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Konsep Keluarga Malaysia yang menjadi falsafah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggambarkan keikhlasan beliau untuk melihat semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa bersatu demi kepentingan negara.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata inisiatif Ismail Sabri itu jelas mengatasi kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.

“Kepimpinan Perdana Menteri berjaya membawa perubahan yang positif dan kita di Sarawak amat berharap keadaan ini berkekalan dan negara terus stabil dan bergerak ke arah ekonomi yang dinamik dan maju,” katanya.

Premier Sarawak turut menghargai keputusan kerajaan persekutuan yang menjadikan Sarawak sebagai destinasi ketujuh Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda