
Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Mohd Farid Abd. Halim (Hulu Langat)
HULU LANGAT, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Malaysian Medical Relief Society (MERCY) telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Kekal kepada sebuah keluarga Kampung Baru Sungai Lui, Batu 21, di sini hari ini.
Timbalan Presiden ll MERCY Malaysia, Datin Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah berkata projek rumah kekal merupakan pertama di Malaysia untuk membantu penduduk terpilih di Hulu Langat yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku pada 18 Disember lalu.
“Rumah tersebut berkeluasan 775 kaki persegi dengan kos berjumlah RM80,000 dibina setinggi lapan kaki sebagai langkah persediaan bagi sebarang kemungkinan kejadian banjir berulang pada masa akan dating,” katanya.
Menurutnya MERCY Malaysia mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam menjayakan aktiviti kemanusian di kawasan bencana ketika ditemui di majlis penyerahan.
Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad.
-ZS-