Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani
SUNGAI ACHEH, 9 Ogos (Malaysiaktif) – Seramai 250 orang pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau (SKSB) di sini teruja mengibarkan Jalur Gemilang.
Guru Besar Sekolah Suhaimi Abdul Hamid, 55, berkata adalah menjadi tanggungjawab warga pendidik menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada pelajar untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.
“Kempen kibarkan Jalur Gemilang mampu membuka minda terutamanya golongan pelajar sekolah kerana generasi ini adalah merupakan pemangkin masa depan negara,” ujarnya.
Menurutnya lagi tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama adalah tepat dan memainkan peranan penting membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
-ZS-