Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor Disambut Meriah

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Nurulaini Mohd Kasran (Kota Tinggi) 

KOTA TINGGI, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor telah belansung di Padang Bukit Kerajaan, secara meriah beserta kehadiran Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM2022) yang tiba di sini hari ini.

Konvoi sebanyak 56 kenderaan ini tiba dari daerah Mersing dan singgah di sini untuk bermalam, dan seterusnya akan bergerak ke daerah Johor Bahru esok.

Menurut Ling Tiang Soon, wakil rasmi Menteri Besar Johor, program konvoi ini akan menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan dimana rakyat yang berada di sepanjang laluan dapat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang kepada konvoi yang lalu.

“Saya berharap semangat patriotik rakyat dapat terus dipertingkatkan dengan penganjuran acara ini. Telah dua tahun kita tidak menyambut kemerdekaan, jadi tahun ini kita sambut dengan meriah dengan mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja berada,” ujarnya.

Turut hadir, pegawai-pegawai kerajaan negeri Johor, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda