Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Urusan Dalam Talian Semakin Mudah Dan Lancar

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zayed Barak/Azimee Abdullah.

BALIK PULAU, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Bersama Komuniti, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah berlangsung di Taman Prestij II, Kuala Jalan Bharu pagi tadi.

Antara peranan PEDi adalah sebagai Pusat Sehenti dalam menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengaktifkan sebanyak 600 PEDi di seluruh negara sebagai One Stop Centre (OSC). Program ini membantu usahawan mikro tempatan mengadaptasi teknologi digital dan memperkasa perniagaan mereka melalui inisiatif Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK).

Penghulu Daerah Barat Daya, Khalid Zakaria, 41, merangkap Pengerusi PEDi telah merasmikan Hari Bersama Komuniti Tahun 2022.

“Dengan kewujudan PEDi di sini, saya yakin ia dapat memberi manfaat yang besar kepada komuniti setempat dan ia dapat memudahkan segala urusan harian dengan pantas dan menjimatkan kos serta masa,“kata Khalid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda