Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Perusahaan Batik Usaha Kasih Kerajaan Johor Mampu Menjana Pendapatan Rakyat

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK,  14 Ogos (Malaysiaaktif) –  Majlis Perasmian Bengkel Perusahaan batik di bawah Usaha Kasih Kerajaan Johor bertempat di Kampung Melayu Raya, Sagil telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Unit Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ruji Haji Ubi petang semalam.

Menurut beliau, “ini adalah salah satu usaha kerajaan membantu golongan yang kurang berkemampuan dan OKU supaya dapat menyuntik semangat agar berusaha gigih dalam mewujudkan produk berkualiti untuk menjana kehidupan lebih baik,” katanya semasa ucapan persmian majilis.

Nurul Alya Halid, merupakan salah seorang pengusaha batik dari kalangan belia OKU berusia 20 tahun, namun berkebolehan menhasilkan pelbagai produk berasaskan batik.

Antara produk batik yang mampu dihasilkan oleh beliau ialah baju batik, beg batik, kain batik dan sapu tangan batik. Menurutnya sumbangan bangunan bernilai RM66,000 untuk perusahaan batiknya telah menambahkan semangatnya bagi menghasilkan produk berasaskan batik yang lebih berkualiti untuk dipasarkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda