Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Bulan Kebangsaan Di Semarakkan Tanpa Mengira Bangsa

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 15 Ogs (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Kedah telah belansung di Tugu Peringatan Taman Jubli Perak, Alor Setar semalam.

Seramai 500 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, turut memeriahkan sambutan majlis pelancaran tersebut.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, “Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran,” katanya semasa ditemui media.

“Saya yakin, apabila kita melakukannya secara bersama-sama, tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat keteguhan Keluarga Malaysia,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda