Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Raikan Bulan Kemerdekaan Tanpa Mengira Bangsa

By 27 Ogos 2022Ogos 30th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Shaikh Mohamad Fikri Shaikh Ismail

SETIU, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia perlu berbangga kerana keunikan pelbagai bangsa di negara ini dapat diterjemahkan melalui sambutan Bulan Kemerdekaan.

Menurut Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Fikri Wee Beng Hai sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba nanti akan diraikan bersama-sama seperti satu keluarga tanpa mengira bangsa dan agama.

“Konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan oleh kerajaan hari ini mampu diterjemahkan melalui melalui kibaran Jalur Gemilang.

“Sambutan kemerdekaan kali ini amatlah bermakna bagi beliau dan KKM Kampung Fikri setelah dua tahun ianya tidak disambut dengan meriah akibat COVID-19,” katanya ketika merasmikan Program Merdeka@ Komuniti Kampung Fikri, di sini semalam.

Jalur Gemilang turut diedar kepada pengguna jalan raya pada program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda