Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hospital Pakar KPJ Johor Kembalikan Semangat Patriotik Kanak-kanak

By 27 Ogos 2022Ogos 30th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)/KPJ Johor

JOHOR BAHRU, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Hampir 100 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna Karya Merdeka anjuran Hospital Pakar KPJ Johor sempena program sambutan Hari Kebangsaan tahun 2022, di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Johor Haliza Khalid berkata selepas dua tahun negara dioanda pandemik COVID-19, ini merupakan aktiviti pertama bagi golongan kanak-kanak yang diadakan di sekitar kawasan hospital.

“Sekian lama aktiviti kalangan mereka tidak diadakan dan pasti mereka sudah jemu. Diharap dengan program bertema kemerdekaan ini dapat mencungkil bakat disamping menyuntik nilai patriotisme dalam diri masing-masing,” katanya.

Menurut Haliza, pelbagai program telah diatur oleh pihak KPJ antaranya Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik, Pertandingan ‘Tiktok Challenge’ dan Kembara Merdeka dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda