Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Hari Bertemu Pelanggan Saluran Dekatkan MAFI dengan Rakyat

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Faizzad Kamal (Muallim)

MUALLIM, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Ladang dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Peringkat Daerah Muallim mendekatkan masyarakat dengan jabatan dan agensi di bawah kementerian ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz, penduduk sekitar khususnya berpeluang mendapatkan khidmat nasihat teknikal dan maklumat berkaitan bantuan di bawah kementerian MAFI menerusi program ini.

“Tambahan pula, ia juga membuka ruang untuk memperkenalkan syarikat pengeluar input pertanian yang dipercayai dan mempromosi produk hiliran keluaran daerah Muallim,” katanya ketika berucap merasmikan majlis di Taman Tasik YDP, Slim River, di sini pagi tadi.

Program dimulakan dengan pertandingan memasak berasaskan ikan selain Kursus Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) oleh Pegawai Eksekutif PERKESO Noor Emira Mohd Jamil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda