Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Sungai Sebagai Tarikan Pelancong ke Negeri Perlis

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk di negeri ini disaran supaya menjaga kebersihan sungai agar ia boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong ke Negeri Perlis.

Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Perlis 2022 di Denai Kebangsaan Sungai Arau, di sini petang semalam.

“Ia boleh dilakukan dengan menjadikan tebing-tebing sungai dan denai-denai sebagai tempat perkhemahan dengan mengenakan caj yang berpatutan.

“Masyarakat yang berada di tepi sungai juga diharapkan tidak membuang sampah ke dalam sungai supaya sungai-sungai negeri Perlis menjadi tarikan pelancong dengan konsep alam semulajadi,” katanya.

“Jadi kita perlu menjadikan alam semulajadi kita menarik, bersih, dan terurus supaya lebih ramai lagi pelancong yang akan berkunjung ke Perlis,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda