Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

RM242.97 Juta untuk Pemulihan Muara Sungai Dungun

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan memperuntukkan RM242.97 juta bagi tujuan pemuliharaan muara Sungai Dungun yang dijangka siap dalam tempoh 54 bulan.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata skop kerja merangkumi pengorekan alur pelayaran, pembinaan struktur pemecah ombak, pembinaan struktur dinding penahan lepas lindung pantai, pembinaan struktur hidraulik yang dibina secara berserenjang bagi mengurangkan kesan pukulan ombak pada pantai serta pembinaan tanda arah suar.

“Projek ini memberi manfaat kepada para nelayan dan usahawan bot pelancong serta mengurangkan risiko banjir pantai dan mensejahterakan kehidupan kepada ribuan penduduk tempatan,” katanya.

Tambah beliau, sebanyak 21 projek telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.15 bilion di Negeri Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda