Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Hari Terbuka Desaland – Pengakap Labuan Ceriakan Cuti Sekolah

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/ PPMWPL (Labuan)

LABUAN, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Terbuka Desa Tunas Hijau bersama-sama dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan WP Labuan (PPMWPL) bersempena Hari Pengakap Malaysia ke-114 berjaya menceriakan cuti sekolah dengan pelbagai pengisian menarik.

Menurut Setiausaha Kehormat PPMWPL Mohd Farihi Ab. Halim pelbagai aktiviti yang disusun mendapat sambutan yang menggalakkan seperti pertandingan mewarna, Persiapan Master Chef, aktiviti pameran, demonstrasi CPR, ‘Scout Go Solar’, ‘Jota Experience’, ‘Kim’s Game’, mencari harta karun dan gerai jualan.

“Program ini mengisi ruang masa di hujung tempoh cuti penggal persekolah, menjadi platform yang berguna untuk memastikan masa bersama keluarga yang dihabiskan secara berehat, disamping melihat dan megikuti aktiviti kepengakapan yang disediakan sebelum memulakan sekolah pada hari esok.

“Selain mengikuti aktiviti yang disediakan, apa yang menariknya urusan jual beli menggunakan kupon yang mana ianya dapat mengisi Tabung Pengakap untuk aktiviti seterusnya sebagaimana yang dirancang,” katanya semasa ditemui pada program itu di sini semalam.

Program itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda