Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Penyertaan Sulung Regatta Pesta Benak Sri Aman Bawa Tuah

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Cassidy Lisut (Sarawak)

SRI AMAN, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Penyertaan  sulung pasukan Cahaya Helang Tasik pada Temasya Regatta Pesta Benak Sri Aman ke-19 membuahkan hasil lumayan apabila meraih hadiah utama pada acara lumba perahu.

Dengan meraih gelaran Raja Benak Batang Lupar, pasukan dari daerah Saratok yang dibarisi seramai 30 orang pendayung itu membawa pulang hadiah wang tunai  berjumlah RM10,000 serta piala.

Pengurus pasukan, Fadli Othman, 38, berkata kejayaan itu hasil latihan gigih yang mereka jalani selama tiga bulan.

“Saya gembira apabila barisan pendayung kami terdiri daripada pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun berjaya memberikan persembahan bertenaga,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda