
Laporan/foto: Ow Yeang Khang Ting
JOHOR BAHRU, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Hari Koperasi Negara (HKN) 2022 Peringkat Negeri Johor seharusnya menjadi inspirasi kepada semua koperasi di negeri itu tersenarai menjadi yang terbaik.
“Objektif majlis ini adalah mengiktiraf sumbangan gerakan koperasi serta mencetus inspirasi koperasi lain untuk tersenarai sebagai 50 koperasi terbaik pada masa akan datang.
Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Puan Siti Azlin Ahmad Dauta berkata demikian, di sini semalam.
“Berkat usaha semua pihak terutama sumbangan dan komitmen tinggi dari pelbagai agensi kerajaan persekutuan, negeri dan koperasi telah menjayakan penganjuran HKN Peringkat Negeri Johor maka saya ingin merakamkan ucapan terima kasih setinggi-tingginya kepada semua pihak berkenaan,” katanya.
-ZS-