Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Inno-Tech KK 2022 Tonjol Kemahiran Pelajar

By 29 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Inno-Tech KK 2022

GOPENG, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Pertandingan Inno-Tech Kolej Komuniti (KK) 2022 mampu menonjolkan kemahiran dan penguasaan pelajar Program Teknologi Maklumat (STM) dan Program Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SKK) dalam bidang perkomputeran di Kolej Komuniti.

Pengarah Kolej Komuniti Gerik Ts. Khairil Azhar Mohd Nor berkata pertandingan ini diyakini dapat menjadi penggerak terhadap usaha untuk membudayakan inovasi khususnya dalam kalangan pelajar.

“Dalam usaha membudayakan inovasi dalam kalangan generasi muda ini, saya menyarankan agar semua pendidik di setiap kolej komuniti meneruskan kecemerlangan dan memainkan peranan sebagai pencetus inovasi dengan mencipta suatu ekosistem inovasi di tempat kerja dalam pelbagai perkara sama ada inovasi pengajaran dan pembelajaran mahupun pengurusan,” katanya ketika berucap sempena program di Dewan Banquet FAMA, RTC Gopeng, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda