
Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Azimee Abdullah
BALIK PULAU, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 18 kontijen Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Barat Daya terdiri dari kelab keselamatan kebakaran kanak-kanak (3K) menyertai jambori yang dianjurkan oleh pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya perbarisan pakaian beragam kanak-kanak dan persembahan jambori berkonsepkan kemerdekaan.
Menurut Pembantu Masyarakat Tabika KEMAS Noor Syuhaini Mansor, 39, kelab jambori ini seharusnya dikekalkan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang keselamatan.
Beliau juga berterima kasih kepada pihak Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau kerana sudi berganding bahu dengan Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya menganjurkan program yang cukup memberi impak yang besar kepada komuniti di Kampung Genting.
-ZS-