Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Busana Melayu Tradisional Warnai Sambutan Ambang Merdeka

By 2 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri (Kerian)

BAGAN SERAI, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Sayembara Deklamasi Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Kebangsaan diadakan sempena Sambutan Ambang Merdeka 2022, di sini baru-baru ini.

Menariknya bukan hanya peserta, kesemua hadirin turut hadir menggayakan busana dan hiasan bertemakan Melayu Tradisional.

Ahli Dewan Undangan Alor Pongsu Dato’ Sham Mat Sahat melahirkan rasa teruja dan berharap program sebegini dapat memupuk minat dan kecintaan masyarakat terhadap budaya, bahasa dan sastera Melayu selain melahirkan rasa patriotisme dalam diri.

Peserta pertandingan puisi Nur Fatini Fatin Azlan, 18, berterima kasih diberi peluang untuk menunjukkan bakat yang ada.

“Walaupun berasa gemuruh dan gementar semasa membuat persembahan, saya berjaya melawan perasaan tersebut,” tambahnya ketika ditemui usai persembahan.

Program ini diakhiri dengan persembahan silat dan pertunjukan bunga api.

-ZS-

Tinggalkan komen anda