Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kemahiran Tekap, Blok Shibori Hasil Batik Kreatif

By 28 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini

LAHAD DATU, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Kemahiran tekap serta penggunaan teknik shibori menghasilkan batik kreatif yang semakin mendapat sambutan ramai.

Pengusaha kraft batik, Immah Pelmbang, 52, dari Kampung Tabanak menggunakan kaedah itu selainĀ ikat celup atau ā€˜tie dye’ dan ā€˜ecoprint’ dengan menggunakan warna-warna alam dalam penghasilan batik beliau.

ā€œKemahiran tekap dihasilkan daripada penggunaan bahan semulajadi seperti daun jati, ketapang, telang dan kelor. Penghasilan kemahiran tekap dapat disiapkan bergantung kepada jumlah tempahan yang diberikan.

ā€œPada musim hujan menjadi cabaran kepada saya untuk memutikĀ  daun-daun dan masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan daun tersebut sekiranya mendapat tempahan yang banyak,ā€ kongsinya ketika ditemui media di kediamannya, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, rekod penghasilan batik keluarannya setakat ini adalah 150 helai batik dalam sebulan atas permintaan pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda