Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kongsi Maklumat Elak Berita Palsu

By 28 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah

PENAMPANG, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Taklimat Isu Semasa anjuran Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) menjadi medium perkongsian maklumat mengenai isu semasa dalam mengekang penyebaran berita palsu.

Penolong Pengarah Unit Gerak Saraf Perang Saraf, Majlis Keselamatan Negara, Aidalina Mahili menyifatkan taklimat sebegini sebagai inisiatif yang sangat bagus dalam memerangi berita palsu yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya melalui media sosial.

“Penjawat awam merupakan agen kepada kerajaan bagi membawa dan menyampaikan isu yang terkini dan tepat kepada masyarakat.

“Di samping itu, maklumat-maklumat yang diperolehi dalam taklimat ini dapat memperbetulkan persepsi dan memperlihatkan usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan pada masa ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Hospital Queen Elizabeth, Suhaime Sahirul, 30, memaklumkan bahawa taklimat sebegini harus diperluaskan kepada agensi-agensi kerajaan lain.

“Maklumat-maklumat yang disampaikan amat penting untuk difahami selaku mata dan telinga kerajaan dalam menangani berita palsu,” kongsinya ketika ditemui media di International Technology and Commercial Centre (ITCC) pada Selasa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda