Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Lamban Hidangan Keramaian Suku Kaum Bajau Sama

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah

KOTA KINABALU, 12 September (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian suku kaum di Sabah terserlah dengan kepelbagaian makanan tradisional seperti lamban yang sering kali dihidangkan apabila terdapat majlis keramaian suku kaum Bajau Sama.

Menurut Samsiah Manduarin, 52, dari Kampung Darau menjelaskan menu utama lamban adalah pulut dan santan yang akan dibungkus menggunakan pucuk kelapa muda.

“Bagi menghasilkan lamban yang berkualiti, hendaklah dimasak sekurang-kurangnya tujuh jam.

“Kebiasaannya lamban dihidangkan bersama kuah kacang ataupun kuah kari bagi merasai keenakan hidangan tradisi ini,” kongsinya ketika ditemui media di Tapak Darau Wetland, pada Ahad.

Menurut Samsiah, dia mempelajari cara pembuatan lamban dari ibunya dan berharap generasi muda turut mempelajari jenis masakan tradisional suku kaum masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda